Program Mencari Kemesraan






















Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Abdullah Sani b. Abdul Hamid dan turut dihadiri oleh YB Tuan Dr. Ahmad Yunus b. Hj Hairi bersama dif-dif jemputan khas Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, Penghulu Mukim Telok Panglima Garang, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung dan semua agensi yang terlibat di dalam program ini.

Bersandarkan mesej yang disampaikan oleh kedua-dua Yang Berhormat, Warga Kampung Telok Panglima Garang amat bersyukur kepada mempunyai pemimpim yang amat perihatin terhadap kebajikan tanpa mengira status warganya. Penyertaan serta kefahaman mereka di dalam aktiviti kemasyarakatan amatlah dihargai. Terima kasih YB!!!

Sambutan dari masyarakat setempat terhadap program ini menjadikan pemangkin kepada JKKK serta Majlis Perwakilan Penduduk Zon 4 (Ahli Majlis Pn. Salmah bt Muhammad) dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 5 (Ahli Majlis En. Abdul Rahman b. Amir) untuk bergabung sebagai satu penggerak modal insan dan mencapai visi dan misi kampung Telok Panglima Garang.

Terimakasih juga kepada semua penyumbang :
1. NGV Tech
2. Klinik Zariah
3. Grand Union
4. Dr. Basiron
5. En. Sivabalan
6. Syarikat Letrik Ismail
7. En. Aslar Abdan
8. En. Adnan Abu Bakar
9. En. Abdul Hamid b. Roslan

Kekurangan dan kelemahan bukan satu masalah tetapi menjadi CABARAN bagi menganjurkan program yang lebih besar dan bermakna untuk semua Warga Kampung Telok panglima Garang!!






Acara Karnival

Program ini akan menyalurkan bantuan kepada :
1. Pewaris Usia Emas,
2. Fakir Miskin,
3. Pencapaian Terbaik UPSR 2008

Semua Warga Emas akan diraikan bersama di dalam Jamuan Bersama Pentadbir Negeri.

Beberapa acara sukan telah diatur kepada semua warga kampung untuk memeriahkan Program Mencari Kemesraan. Acara yang dimaksudkan adalah :
1. Pertandingan Gubahan Buah (Wanita)
2. Sepakraga Bulatan
3. Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak (Tahap 1 & 2)
4. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Tadika
5. Mini Olimpik Warga Emas
6. Teka Kacang

Program Mencari Kemesraan Kampung Telok Panglima Garang

MATLAMAT PROGRAM

Bagi memperkukuhkan kepercayaan dan meningkatkan integriti masyarakat setempat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan, program mesra rakyat perlu diwujudkan di sesebuah lokaliti.

Selain daripada itu masyarakat secara melihat, mendengar dan memahami konsep pemerintahan dan tawaran yang diberi bagi memiliki status pemilikan hak yang sewajarnya diterima sebagai rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Berdasarkan kepada konsep ‘memberi dan menerima’ program ini dapat memberi impak yang besar kepada pemerintah setempat dan Kerajaan Negeri. Pihak pentadbir setempat memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan pada masa yang sama pentadbir akan menerima kembali kepercayaan dan sokongan dari masyarakat.

KONSEP PROGRAM


‘Mencari’

Program ini diadakan untuk menarik semua golongan sasar seperti Warga Emas, Ibutunggal, Fakir/Miskin, bekas pekerja industri, pekerja ladang dan semua bayi kelahiran Selangor untuk didaftarkan dan dirujuk kepada organisasi terbabit. Ini menjelaskan maksud atau tujuan program ‘Mencari’.


‘Kemesraan’

Program ini akan menjelaskan secara terperinci kepada masyarakat setempat mengenai setiap tawaran yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor dan bantuan dari organisasi yang terlibat. Secara tidak langsung pemahaman tujuan pentadbir negeri dapat difahami dan bibit ‘Kemesraan’ dapat diwujudkan di kalangan hati masyarakat.
Yang Berhormat Rodziah Ismail Exco Kebajikan dan Kebudayaan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Innovasi akan merasmikan program ini.

Jumpa anda di Padang Awam Telok Panglima Garang pada jam 9.0 pagi ~ 3.30 petang.

Datang beramai-ramai.

Sejarah Penubuhan Kampung

Sebagaimana yang diceritakan oleh Allahyarham Tuan Haji b. Bulat, bekas Ketua Kampung Telok Panglima Garang yang memegang jawatan tersebut selama 25 tahun (1968 ~ 1994) pada 15hb Mei, 1996 menyatakan bahawa :

Nama asal Kampung Telok Panglima Garang adalah Nibong Dengkil dan terletak di telok sungai di mana didiami oleh kaum orang asli.

Disebabkan kedudukannya yang strategic, ramai pedagang-pedagang Aceh datang dan mula membuat penempatan di hilir sungai sehingga kawasan tersebut dipanggil Beting Pak Aceh.

Apabila segolongan mereka mengetahui bahawa terdapat Orang Asli tinggal di Nibong Dengkil, maka pedagang Aceh ini mudik ke hulu untuk mengambilalih dan menguasai Nibong Dengkil. Sewaktu itu terjadi pergaduhan di antara mereka dan menyebabkan Orang Asli melarikan diri ke Bukit Tampoi di Dengkil.
Di sepanjang perjalanan Orang Asli yang menyusuri sungai hingga ke Bukit Tampoi, Dengkil mereka telah berpesan kepada penduduk yang ditemui dengan kata-kata :

“JAGA BAIK-BAIK DI TELOK ADA PANGLIMA GARANG”

Sebagai bukti terdapat penduduk di kalangan penduduk asli
di Bukit Tampoi, Dengkil mendakwa dan mengaku bahawa
mereka berasal dari Telok dan menetap di sini setelah dihalau
oleh pedagang Aceh yang amat handal dan garang.

Begitulah asal-usul nama Kampung Telok Panglima Garang
manakala lambang harimau diambil di atas keberanian dan
sifat pedagang Aceh .

Sekapur Sireh Pembuka Bicara


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Telok Panglima Garang yang telah berjaya mengumpul maklumat serta menyediakan Laman Blog Kampung Telok Panglima Garang.

Harapan saya agar Laman Blog ini akan digunakan sebagai satu saluran maklumat terkini yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Kampung Telok Panglima Garang.

Dari aspek sejarah, Telok Panglima Garang merupakan pusat pentadbiran Mukim Telok Panglima dan pusat Dewan Undangan Negeri. Di mana Pekan Telok merupakan pusat perniagaan dan tumpuan kepada peniaga untuk memulakan perniagaan di pelbagai peringkat. Kedudukannya yang berada di tengah-tengah perjalanan Klang ke Banting mahupun dari Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi tarikan kepada usahawan dan pelabur.

Kemudahan prasarana yang lain seperti sistem perhubungan, kemudahan pendidikan, informasi teknologi dan kawasan yang menarik menjadi pemangkin untuk menarik minat dan boleh diekploitasikan untuk meninjau peluang ekonomi yang akan diwujudkan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah member kerjasama dan menyokong kami.

Sekian, Wassalam.

Tuan Abu Hassan b. Lebam
Ketua Kampung Telok Panglima Garang
22hb April, 2009

Pembuka Bicara


Selamat Datang ke laman blog Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Telok Panglima Garang.

Kampung Telok Panglima Garang ditadbirkan dan dikemudi oleh :

Yang Berhormat Tuan Abdullah Sani b. Hamid
Ahli Parlimen Kuala Langat,
Pusat Khidmat Masyarakat,
No. 43A, Jalan Kemboja 33 Off Jalan Sultan Alam Shah,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Yang Berhormat Dr. Ahmad Yunus b. Haji Hairi
Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang,
Pusat Khidmat Masyarakat,
Taman Perwira,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Pegawai Daerah,
Tuan Asmawi b. Kasbi,
Kompleks Pejabat Daerah/Tanah Kuala langat,
Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah,
Kota Seri Langat,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Penghulu Mukim,
Tuan Haji Mat Isa b. Harun
Rumah Penghulu,
Dataran Penghulu,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Ketua Kampung,
Tuan Abu Hassan b. Lebam
Balai JKKK,
Dataran Penghulu,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Gabungan dan komitmen oleh pihak pentadbir inilah yang akan memacu pertumbuhan dan kejayaan Kampung Telok Panglima Garang mencapai satu sasaran kecemerlangan yang lebih inovatif dan dinamik.

 

Copyright @ 2008 Kampung Telok Panglima Garang | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top